Wednesday, February 2, 2011

Luahan kepada sang ketua2 kampung!

Ini adalah satu cerita Politik sempit di sebuah kampung kecil di sebuah bandar kecil.Aku nih bukanlah penyokong fanatik mana2 parti politik sempit nih....Cuma aku akan berpihak kepada parti yang lebih memperjuangkan dan banyak membantu rakyat..(ada ker parti macam tuh?huhuhu!)bagi aku semua parti mempunyai dasar dan hala tuju masing2...semua slogan2 parti politik tip top2 x hingat.........x ada yang x bagus....Pemimpin atasan pulak akan janji nak bagi macam2...bagus dan terbaik aku kata.....Tapi macam biasalah sebab dah nama pun politik,memang standard lah kalau janji tinggal janji.....

Ada satu parti yang dah lama berkuasa kat malaysia pada pilihanraya yang lalu janji akan bagi macam2 kat kampung aku.yang ada akan dinaiktaraf dan yang belum ada akan diadakan katanya....macam2 ada aku cakap...

Parti lagi satu plak pun sama janji2 macam2 kat kampung aku....tapi bila dah menang kat selangor lepas 3-4 tahun lepas....kampung aku masih seperti dahulu....dah semakin mundur pun ada aku rasa....nasib lah nasib.....

Bayangkanlah parti yang lama dulu kalau nak mintak bola sebijik pun nak kena tulis surat panjang berjela semata-mata kerana mahu kan sebiji bola....belum kami mintak nak 3bijik bola lagi,mungkin ketua kampung nak kami buat essei atau karangan panjang nytakan 24 sebab kenapa kami nak 3 bijik bola.........Dahlah pening2 buat surat panjang2 lepastuh bola pun x dapat2.......8 tahun dalam era kezaliman....Terima kasih ketua kampung....jasamu tetap dalam kenangan,belah tengah rambutmu tetap aku x boleh lupa....dan kalau kau nak tahu motor kau tumbang dicelah pokok nangka masa kat surau dulu di satu malam meraikan maulidur rasul dulu aku dan rakan2 lah yang tendang sebab dah x ada bola nak tendang...jahatnya kami masa tuh....nasib dalam peristiwa rumah mu diserang mercun bola dan thunderclap dulu aku tak terlibat sama...kalau tak makin banyak lah dosa aku kat kau.....kami terpaksa membencimu dalam diam....huhuhuhu!

Parti politik yang baru berkuasa pun sama....mintak bola sebijik pun buat senyap jerk....JKKKKKKK!nampak jer muka macam pandai.....mintak apa2 bajet pun kena kluar duit sendiri pulak dulu...adessss....kalau kami sepakat sejak dari dulu sumpah kami x mintak bantuan dari sapa2 pun....almaklumlah kami ni melayu jugak macam JKKKKKKKK ngan JKKKKKP jugak....duit singgit dua pun kami berkira.....walaupun selalunya x berkira pun.....kami nak berkira ke tak apa nak kesah...duit tu duit kami.....yang kome berkira tu duit kome ker.....duit kerajaan kan....sapa kerajaan.....?kita semua lah kerjaan....so....bantu jer lah kami golongan belia yang pecah belah dan tak tentu arah nih...hehe...kurangkanlah karenah birokrasi demi kemajuan semua....kami memang dah lama fed-up dengan perkara2 macam nih.....

Ini belum cerita pasal songlap bajet dan bantuan kepada kroni2....fuhhhh!!
bangsa lain pun berpolitik jugak....tapi mereka bijak dalam politik mereka..mereka perjuangkan agama dan bangsa mereka.....tapi kita??????lu sendiri mau hingat lah bai!

Tuesday, January 25, 2011

AMPUNKAN AKU TUHAN


AMPUNKAN AKU TUHAN.
Semalam aku masih teringat lagi bahagia bersamamu,
Kita bagai merpati sejoli bebas menerobos awan luas tanpa sekatan,
Saat itu kita begitu asyik sehingga lupa ada hari pembalasan,
Sehingga lupa larangan tuhan.

Nafsu remaja menguasai jiwa-jiwa yang lemah akidah,
Kita hanyut dalam gelora kasih,
Bisikan azazil meresapi pembuluh darah
Akhirnya aku tewas dipelukan Hawa.
 
Remaja bertukar dewasa,dan aku masih bernafas,
Nyawa belum kekerongkongan
Masih ada waktu menebus dosa-dosa
Dengan taubat di kaki malam,Kupertaruhkan isgtighfarku,
Ku dirikan tahajud dan taubat.


Aku mula melihat besar nya sahabat-sahabat(r.anhum),
Besar amalan dan mujahaddahnya
Besarnya pegangan sunnahnya
Besar cintanya pada Rasul dan KhaliqNya
Fikirku kini terkesan
Hanya Allah cinta abadi…

Biarlah ku pimpin tanganmu,mencari redha Allah
Dengan bimbingan kalamullah dan Al-hadis
Kita susuri bahagia Ahmad dan humairah
Walaupun penuh kezuhudan
Pasti dan pasti bahagia penuh kejayaan
Menuju Akhirat yang abadan abadha..

WANADIA IRMANURI-Pekan selatan,Selangor.